Berita Hari Ini

Tiada Rombakan Kabinet Masa Pentadbiran Saya – Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tidak ada sebarang rombakan kabinet semasa pentadbirannya sebagai Perdana Menteri.

“Tidak, tidak ada semasa dalam tempoh pentadbiran saya,” katanya semasa ditemu ramah di stesen radio BFM di Kuala Lumpur, bagi menjawab satu soalan sekiranya barisan kabinet samasa perlu dirombak.

Menurut Dr Mahathir walaupun barisan menteri ketika ini masih baharu memikul tanggungjawab masing-masing, mereka kini mempunyai pengalaman kira-kira setahun sebagai menteri.

“Jika saya ambil menteri baharu, saya perlu memberikan masa untuk mereka menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu, dia mungkin tidak akan dapat melaksanakannya dengan baik. Menteri baharu tidak bermaksud menteri yang lebih baik,” katanya.

Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata rombakan kabinet tidak semestinya menyelesaikan masalah, sebaliknya ia mungkin akan menimbulkan masalah baharu.

“Apabila anda merombak semula kabinet, ia akan mewujudkan banyak masalah, ia tidak menyelesaikan masalah (tapi) mungkin mewujudkan banyak masalah.

“Itu sebabnya saya tidak berapa setuju untuk menyelesaikan masalah dengan menukar orang. Saya ada buat pertukaran sebelum ini, saya berhenti (tugas) tapi saya dipanggil untuk kembali,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");