Perak Hari Ini

Warga Asing Dikelar Dileher, Kemaluan Kerana Cemburu

IPOH- Seorang lelaki warga Sri Langka cedera parah di bahagian leher dan kemaluan akibat dikelar oleh isterinya di kediaman yang disewa oleh pasangan berkenaan di Meru pada jam 12.36 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, motif kejadian disyaki atas sebab cemburu sehinggakan suspek bertindak sedemikian.

“Siasatan masih dijalankan dan pihak polis turut menjalankan siasatan di tempat kejadian dimana senjata yang digunakan iaitu pisau telah ditemui.

“Pihak kami mensyaki kejadian tersebut berlaku semasa mangsa sedang tidur yang mana sebelum kejadian, mungkin telah berlaku perselisihan faham antara mangsa dan isterinya,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini

Katanya, polis masih giat menjalankan siasatan dan tangkapan akan dibuat terhadap suspek bagi membantu siasatan.

“Isteri mangsa yang berusia anggaran 40-an merupakan suspek utama kes telah melarikan diri.

“Siasatan mendapati, pasangan suami isteri itu masuk ke negara ini secara sah sebagai pelancong tetapi berpindah randah dari satu negeri ke negeri lain seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Perak,” katanya.

Kata Mohamad Nordin, mangsa telah dibawa oleh orang awam ke hospital sebaik sahaja beliau mendapatkan pertolongan dari sekitar.

“Mangsa dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Kes disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");