Berita Hari Ini

Banjir Kilat di Tanjung Malim: 1 Pusat Pemindahan Dibuka

Seramai 21 penduduk daripada empat keluarga di Kampung Trolak Pekan, Tanjung Malim dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat, sejak awal pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Muallim dalam kenyataan berkata sehingga 6 pagi ini, kesemua mangsa banjir kini ditempatkan di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Trolak Pekan.

“Pihak kami menerima laporan kejadian banjir itu kira-kira pukul 1 pagi sebelum memindahkan mangsa banjir yang terdiri daripada lima orang lelaki, lapan orang wanita, enam kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan,” katanya.

Operasi pemindahan penduduk melibatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Sementara itu, di Sungai Siput, sebuah PPS masih dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat dengan seramai 49 orang daripada 12 keluarga mangsa banjir ditempatkan di pusat tersebut.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");