Berita Hari Ini

Harga Minyak Stabil

SEOUL: Harga minyak stabil hari ini menjelang penerbitan data yang disifatkan penganalisis akan menunjukkan China, pengguna minyak terbesar di dunia yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi paling lemah pada hampir tiga dekad, diseret turun oleh pertikaian perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS).

Brent, penanda aras minyak mentah global susut sembilan sen, atau 0.2 peratus, kepada AS$59.82 satu tong pada 0039 GMT.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik empat sen, atau 0.07 peratus, kepada AS$53.97 satu tong.

Penganalisis yang ditinjau Reuters menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China berkembang pada kadar 6.1 peratus pada suku Julai-September daripada tempoh sama tahun sebelumnya, kadar paling perlahan sejak suku pertama 1992, demikian menurut data suku tahunan terawal.

Kerajaan China akan mengeluarkan data KDNK suku ketiga pada 0200 GMT, bersama-sama petunjuk lain bagi September.

Dengan semua mata tertumpu kepada angka yang akan dikeluarkan itu, penganalisis menjangka bacaan ekonomi yang lebih lemah akan menambah tekanan ke atas Beijing untuk meningkatkan langkah-langkah rangsangan.

Menambah kepada tekanan, stok minyak mentah AS melonjak minggu lalu apabila pengeluaran penapisan jatuh ke paras terendah dua tahun, manakala inventori petrol dan bahan api diproses menurun, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) hari ini.

Inventori minyak AS meningkat sebanyak 9.3 juta tong dalam minggu berakhir 11 Oktober, berbanding jangkaan penganalisis peningkatan sebanyak 2.9 juta tong. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");