Berita Hari Ini

Bapa Tiri Durjana Didakwa 22 Pertuduhan Seksual

IPOH- Nelayan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas 22 pertuduhan merogol, mencabul dan merakam gambar bogel anak perempuan tirinya berusia 15 tahun, sejak awal April 2016.

Tertuduh berusia 36 tahun mengaku bersalah atas enam pertuduhan manakala tidak mengaku bersalah bagi 16 pertuduhan lain selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norashima Khalid.

Lelaki berkenaan mengaku bersalah bagi lima pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana merakam gambar anak tirinya ketika sedang memakai pakaian.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukannya di rumah di Sitiawan, Manjung antara April 2016 hingga 31 Mac 2017

Bagi 16 pertuduhan lagi, tertuduh tidak mengaku salah atas 14 pertuduhan melakukan persetubuhan serta hubungan seks tanpa kerelaan anak tirinya itu dan dua pertuduhan mencabul kehormatan ketika remaja itu berusia 12 tahun 10 bulan.

Dia didakwa masing-masing mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (lima pertuduhan); 376B (1) Kanun Keseksaan (lapan pertuduhan) dan masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan, Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukannya di lokasi sama antara April 2016 sehingga 29 September lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh memandangkan tertuduh tinggal serumah dengan mangsa dan bimbang berlakunya sebarang kejadian tidak diingini terhadap mangsa dan saksi-saksi.

Norashima tidak membenarkan tertuduh dijamin dan menetapkan 15 Oktober ini untuk sebutan semula kesemua kes berkenaan lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");