Perak Hari Ini

Bersukan Sambil Mempromosikan Negeri Perak

IPOH- Bersempena dengan Bulan Sukan Negara dan Bulan Inovasi Negara, pejabatan Setiausaha Negeri (SUK) Perak telah mengadakan Pertandingan Innorace Produktiviti “Ipoh Food Hunt”.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan, Howard Lee Chuan How berkata, program seumpama ini diadakan bagi mencungkil kreativiti dan produktiviti dalam kalangan rakyat dan anggota kerajaan.

“Hasrat program ini adalah untuk meningkatkan produktiviti semua rakyat bukan sahaja dari sudut pandang kerja tetapi dari segi semua aspek iaitu dengan menumpukan satu dari lima teras iaitu perubahan minda atau produktiviti minda.

“Produktiviti bukan sahaja dari segi kerja tetapi produktiviti dalam semua peranan contohnya seperti peranan anak kepada ibu bapak, peranan ketua keluarga, sebagai anggota masyarakat dan sebagainya di mana peranan produktiviti luas dan bukan sahaja tertumpu kepada kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan pelepasan peserta bagi Pertandingan Innorace Produktiviti “Ipoh Food Hunt” di Dataran SUK, pagi ini.

Pertandingan Innorace adalah merupakan acara explorace sambil menjawab soalan yang berkaitan produktiviti, inovasi dan persekitaran di mana laluan pertandingan adalah sekitar enam kilometer.

Tambah beliau, aktiviti pada hari ini juga adalah untuk mencungkil kreativiti dalam diri peserta untuk membuat beg tangan menggunakan kertas.

“Perkara yang kedua pula berbalik kepada perubahan minda di mana dalam masyarakat bukan hanya perlu ada ciri ‘janji laksanakan sahaja’ tetapi setiap mereka perlu menekankan kepada kecemerlangan tugasan tersebut yang mana kita mahu menyuntik perkara ini supaya masyarakat dalam melaksanakan tugasan sehabis baik.

“Melalui program hari ini, bagi menyuntik ekonomi pelancongan, peserta juga tidak dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri tetapi menggunakan pengangkutan awam untuk mengambil swafoti di kawasan pelancongan di Ipoh.

“Perkara ini selaras dengan agenda dari Menteri Besar yang mana katanya kita semua adalah duta pelancongan,” katanya.

Innorace sebelum ini pernah dilaksanakan tetapi pada kali ini lebih berbeza iaitu untuk mempromosikan negeri Perak seperti tempat-tempat makan dan pusat tarikan pelancongan di Ipoh khususnya di sekitar Jejak Warisan Ipoh (Ipoh Heritage Trail).

Seramai 256 orang peserta telah terlibat dalam innorace ini di mana terdiri dari dari warga SUK, Jabatan Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");