Sukan Hari Ini

Bukan Laluan Mudah

Cemerlang ketika beraksi bersama skuad bawah 18 (B-18) tidak menjamin penyerang muda, Luqman Hakim Shamsudin mendapat laluan mudah disenaraikan mewakili negara pada kejohanan Sukan SEA Filipina 2019.

Pengendali skuad bawah 23 (B-23), Datuk Ong Kim Swee berkata, walaupun Luqman Hakim antara individu yang akan dipanggil menjalani latihan, dia turut perlu membuktikan layak atau berkebolehan bermain di pentas lebih tinggi.

Beliau berkata, barisan kejurulatihan tidak mahu terburu-buru menyenaraikan pemain terbabit walaupun mempunyai rekod cemerlang bersama skuad B-18 sebelum ini.

“Luqman seorang pemain yang berpotensi tinggi serta berkebolehan, namun kami tidak boleh terburu-buru dan sebaliknya perlu melihat dia beraksi terlebih dulu di peringkat lebih tinggi.

“Kita hanya melihat dia beraksi di peringkat B-18 dan dia masih lagi muda dan tidak mahu sesuatu buruk berlaku nanti.

“Jika terlalu terburu-buru sudah pasti beri kesan pada Luqman terutama membabitkan perkara negatif seterusnya boleh menjejaskan kariernya,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Sebelum ini, aksi memukau Luqman Hakim pada Kejuaraan B-18 Persekutuan Bolasepak ASEAN di Ho Chi Minh, mencuri perhatian Kim Swee.

Kepantasan dan ketajaman dalam menyempurnakan peluang nyata memikat Kim Swee yang berhasrat untuk menguji penyerang kelahiran Kelantan itu bersama skuad B-23 bagi menghadapi temasya Sukan SEA di Filipina, hujung tahun ini.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada prestasi semasa Luqman yang mana selain pada Kejuaraan AFF, anak buah Brad Maloney itu turut mengharungi kempen kelayakan Kejuaraan B-19 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dari 2 hingga 10 November ini di Kemboja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");