Berita Hari Ini

Dr Mahathir Tidak Terbabit Terbit Komik Propaganda – Pejabat PM

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah memberikan persetujuan supaya gambar beliau digunakan dalam penerbitan komik propaganda berjudul ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama’.

Menurut BH Online, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Perdana Menteri juga tidak pernah memberi kebenaran supaya komik itu diedarkan ke sekolah.

Dr Mahathir juga tidak terbabit dalam penerbitan buku itu serta tidak mengetahui isi kandungannya.

Mengikut kenyataan itu, komik berkenaan memaparkan gambar Dr Mahathir dan keterangan yang menyebut ia diberikan kepada Presiden China, Xi Jinping oleh Perdana Menteri sendiri ketika pertemuan dua hala pada Forum Jalur dan Laluan Untuk Kerjasama Antarabangsa ke-2 di Beijing, April lalu.

Sehubungan itu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan buku itu bukan hadiah rasmi ketika pertemuan berkenaan dan ia dibawa tanpa melalui prosedur dan saluran yang betul.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan menafikan membenarkan komik itu diedarkan ke sekolah di seluruh negara.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pula dilaporkan berkata pihaknya sudah mengenal pasti identiti pihak terbabit, termasuk pengarangnya, dan tindakan tegas akan diambil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");