Berita Hari Ini

Tanah Runtuh: Satu Lorong Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup

IPOH: Tanah runtuh dilaporkan berlaku di laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands, tengah malam tadi, menyebabkan satu lorong terpaksa ditutup.

Memetik laporan BH Online, kejadian membabitkan laluan Jalan Persekutuan FT 185 sepanjang 100 meter dengan kedalaman 20 meter yang dikesan kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Ekoran itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kinta dan syarikat konsesi, Belati Wangsa (M) Sdn Bhd, melakukan pemantauan di lokasi terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari, dalam satu kenyataan di sini, hari ini, berkata beliau akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu daripada pihak JKR.

“Saya meminta pemandu berwaspada apabila melalui kawasan terbabit, apatah lagi jumlah kenderaan bertambah pada hujung minggu.

“Pihak berkaitan mengambil tindakan segera bagi membendung kejadian buruk daripada berlaku,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");