Panasnya Hari Ini

Guan Eng Enggan Ulas Lanjut Isu Komik Propaganda

KUALA LUMPUR – “Biar ini berjalan dulu sebelum saya buat apa-apa komen supaya (saya) tak dianggap sebagai campur tangan (dalam siasatan).”

Demikian reaksi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika ditanya berhubung siasatan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’.

Menurutnya, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengeluarkan kenyataan dan proses perundangan juga sedang berjalan.

“Apabila ini berlaku, saya berada di luar negara atas urusan rasmi. Difahamkan proses perundangan sedang terus berjalan, biar ia berjalan dulu supaya saya tak buat komen disalahtafsirkan sebagai campur tangan.

“Kita tak mahu dilihat menyalahgunakan kuasa. Biar proses perundangan berjalan dulu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini, lapor Sinar Harian.

Minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan akan merampas komik didakwa berunsur propaganda yang diedarkan ke sekolah.

Menterinya, Muhyiddin berkata, rampasan akan dilakukan susulan pihaknya telah mewartakan perintah larangan terhadap komik itu termasuk versi bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

Beliau turut menasihatkan agar rakyat Malaysia tidak membaca komik berkenaan yang menyebarkan fakta yang salah dan mengelirukan tentang komunis selain mengandungi unsur untuk membangkitkan sokongan serta simpati terhadap perjuangan fahaman itu.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan itu tidak menafikan maklumat berkaitan kata pengantar dalam buku tersebut yang dikaitkan dengan dirinya.

“Itu semua sudah ada. Ini semua ada sana, itu kita tak nafi tapi masih ada peruntukan undang-undang yang akan diguna pihak penulis,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");