Perak Hari Ini

i-HaQ, Mohon Sijil Halal Lebih Mudah Dan Pantas

IPOH- Pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) baru sahaja melancarkan produk baru iaitu Sistem Aplikasi Saringan Awal (app i-HaQ) untuk membantu pemohon Sijil Halal yang mana ianya pertama di Malaysia.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kerjasama JAIPk bersama Digital Perak Holdings ini merupakan sistem layan diri di mana pengguna boleh mengetahui tentang pra-kelayakan bagi mendapatkan sijil halal sama ada pemohon tersebut layak atau tidak.

“Apabila pemohon memohon sijil halal, mereka akan mengetahui sama ada pemohon tersebut layak atau tidak melalui kriteria yang terkandung di dalam aplikasi berkenaan hanya melalui atas talian dan boleh dijana secara terus menggunakan internet.

“Perkara demikian juga kerana, seluruh Malaysia mengatakan proses mendapatan pensijilan halal adalah lambat tetapi mereka sendri tidak tahu dimana sebenarnya punca kelewatan tersebut.

“Justeru itu, jikalau sistem berkenaan menolak permohonan dan pemohon disenaraikan sebagai tidak layak, mereka boleh memperbetulkan sendiri kesilapan yang dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sistem Aplikasi Seringan App i-HaQ di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), di sini, hari ini.

Katanya, JAIPk juga mengenalpasti punca yang dikatakan lewat dan ia ialah dari pihak pemohon di mana mereka sendiri tidak mengambil berat berkenaan pembetulan kesalahan di sistem.

Tambah Mohd Yusop, sistem ini amat membantu pemohon sijil halal dan mempercepatkan proses disamping membantu pihak JAIPk mengelakkan sebarang karenah birokrasi dan mengurangkan sistem cara kerja.

“Pihak JAIPk amat menggalakkan pengguna yang ingin memohon sijil halal menggunakan sistem ini bagi memudahkan semua pihak.

“Kelulusan permohonan juga akan meningkat sebanyak 20 hingga 30 peratus selepas aplikasi ini dilancarkan kerana ianya lebih mudah dan cepat,” katanya.

Selain itu katanya, mereka yang memohon menggunakan sistem ini akan mengetahui sendiri sama ada pemohonan tersebut lengkap atau tidak dan boleh memperbetulkan kesilapan berkenaan bagi mempercepatkan proses.

“Tetapi jika ada keperluan pihak JAIPk juga akan terus ke premis yang memohon sijil halal berkenaan bagi memastikan kebersihan mengikut konsep Halalan Toyyiban,” katanya.

Menurut Mohd Yusop, sehingga kini, terdapat 800 permohonan sijil halal telah diluluskan di negeri Perak di mana melibatkan barang gunaan, kosmetik dan dandanan diri, premis makanan, produk makanan dan rumah sembelih.

Sistem permohonan ini boleh diakses melalui laman web Digital Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");