Berita Hari Ini

“Ibu Tercinta Saya Mengucap Syahadah” – Firdaus Wong

KUALA LUMPUR – Ibu kepada penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung akhirnya terbuka hati untuk memeluk Islam.

Berita gembira itu dikongsi oleh Firdaus Wong Wai Hung di Facebook miliknya.

“Terasa sebak apabila seorang anak berjaya membuatkan hati seorang ibu terbuka untuk menerima agama Islam selain menjadi orang pertama mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.

Peristiwa paling bermakna itu diadakan di Multiracial Reverted Muslims dan disaksikan beberapa individu lain.

“Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula mengucapkan syahadah. Allahuakbar.

“Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling ‘nervous’ dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ibu saya sendiri.

“Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan air mata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya,” tulisnya, sebagaimana dilaporkan Sinar Harian pada Jumaat.

Firdaus dalam tulisannya berharap doa dan sokongan rakan-rakan untuk mereka sekeluarga mendapat keberkatan ALLAH.

“Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda.

“Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mentua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim,” katanya.

Dalam pada itu, difahamkan, sebelum ini ibu kepada Firdaus Wong Wai Hung adalah penganut agama Buddha.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");