Perak Hari Ini

IIFW 2019 Sumbang Dana RM321 Ribu

IPOH- International Ipoh Fashion Week (IIFW) 2019 berjaya mengumpul dana bernilai RM321,300 untuk disumbangkan kepada badan yang terpilih.

Penasihat Majlis, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi berkongsi rasa gembira dengan kejayaan majlis tersebut yang mana dijalankan secara tahunan berkonsepkan majlis makan malam berserta pertunjukan fesyen.

Katanya, pada tahun ini, IIFW mengumpul dana bagi menyediakan tempat tinggal kepada golongan gelandangan, Teduhan Kelana dan juga Unit Penjagaan Rapi Pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Sebagai seorang Pakar Jantung Kanak-Kanak, perkara yang paling menyedihkan adalah apabila kehilangan pesakit tetapi rasa sakit itu tidak dapat dibayangkan oleh ahli keluarga sendiri.

“Beban dari segi emosi tidak dapat dikawal, begitu juga dengan beban kewangan,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Gala IIFW, di Syuen Hotel, malam tadi.


Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima serta Raja Puan Muda Perak Tungku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan barisan exco kerajaan negeri.

Tuanku Zara Salim turut berkenan menyampaikan dana tersebut kepada tiga badan berkenaan.

Bertemakan malam glamour dan bergemerlapan, IIFW telah membuka tirainya secara rasmi pada hari ini bermula dari 17 hingga 20 Oktober ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");