Berita Hari Ini

Insentif Pengeluaran Getah Untuk Pekebun Kecil Diaktifkan

KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengumumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) diaktifkan bagi September 2019 untuk pekebun kecil di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Menurut BH Online, LGM berkata ia berikutan harga purata peringkat ladang bagi ‘cuplump’ atau getah sekerap pada September di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak masing-masing pada RM2.05, RM1.75 dan RM1.95 sekilogram.

Bayaran IPG teraktif bagi Semenanjung Malaysia ialah 45 sen sekilogram, manakala Sabah pula 75 sen sekilogram dan Sarawak pada 55 sen sekilogram, kata LGM.

“Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan pengeluaran September 2019 mulai 1 hingga 31 Okt, 2019,” menurut LGM.

Mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");