Berita Hari Ini

Jualan Tiket Penyokong Kedah Lancar

ALOR SETAR: Hampir 5,000 penyokong Kedah membanjiri Stadium Darulaman pagi ini bagi mendapatkan tiket aksi final Piala Malaysia Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang memulakan penjualan tiket tepat pada pukul 10.30 pagi membuka lima kaunter tiket bagi melancarkan semua urusan pembelian bagi mengelak kesesakan.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Masuk KFA, Jusri Anuar Jamarudin berkata, pemantauan pihak mereka mendapati jualan tiket termasuk kepada pengusaha bas dan van semuanya berjalan dengan lancar dan tersusun.

“Kami dapati pembeli sudah mula berkumpul di kaunter tiket yang ditetapkan sejak awal pagi tadi dan urusan di kaunter terkawal dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tak diingini.”

“Sistem di kaunter kini lebih kemas dan teratur yang telah dilaksanakan pihak KFA semasa penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA di sini Julai lalu.”

“Penyokong tidak nampak kelam kabut dan selesa ketika membeli tiket.”

Jika masih ada lebihan tiket, kita akan lanjutkan waktu jualan hingga pukul 4.30 petang ini dan jika masih ada lebihan, mungkin kita cadangkan untuk dijual di Stadium Shah Alam esok.”

“Bagaimanapun kita akan maklumkan perkembangan jualan tiket ini melalui laman media KFA dan saya berharap penyokong mendapat maklumat tepat berkaitan tiket ini setiap masa,” katanya kepada BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");