Berita Hari Ini

Kerajaan Akan Perkenal Cukai Baru Tingkat Hasil, Kata Mahathir

KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin akan memperkenalkan cukai baru dalam usaha meningkatkan hasil negara, kata Dr Mahathir Mohamad.

Jelas perdana menteri, cukai baru itu tidak akan membebankan rakyat dan ia dilaksanakan secara lebih efisyen.

“Kita mungkin terpaksa memperkenalkan cukai baru yang tidak terlalu membebankan rakyat,” katanya semasa sidang media selepas majlis pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) di sini, hari ini.

Mahathir berkata, sistem yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini tidak tertib dan banyak pihak terlepas daripada membayar cukai.

“Dulu kita tidak mengenakan dengan cara yang tertib tersusun dan banyak orang terlepas daripada membayar cukai.

“Kita akan perkemaskan lagi dan kita akan ada agensi (membuat kutipan), termasuk cukai pendapatan umpamanya akan diperkemas juga,”katanya.

Mahathir berkata demikian sebagai mengulas inisiatif baru untuk meningkatkan hasil serta menambah baik pemantauan cukai, meningkatkan kecekapan cukai dan memperluas asas cukai yang terkandung dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dilancarkan.

Sebelum ini Mahathir memberi bayangan untuk mengembalikan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) selepas didesak beberapa pihak menjelang pengumuman Belanjawan 2020 minggu hadapan.

“Kalau rakyat percaya GST lebih baik, kita akan kaji. Kalau itu kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada GST lebih baik daripada SST (cukai jualan dan perkhidmatan).” katanya sebelum ini ketika mengulas gesaan sebuah badan pemikir supaya kerajaan memperkenalkan semula GST.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mencadangkan supaya GST diperkenalkan semula pada kadar lebih rendah tiga peratus dalam Belanjawan 2020.

Pengerusinya Kamal Salih berkata, GST lebih baik dan membantu kewangan kerajaan ketika harga minyak jatuh ke bawah AS$36 pada 2015.

Ogos lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai baru dalam Belanjawan 2020 akan datang lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");