Perak Hari Ini

Lima Negara Bakal Sertai Kejohanan Hoki Wanita Antarabangsa Piala Tuanku Zara

IPOH: Kejohanan Hoki Dalam Dewan Wanita Antarabangsa Piala Tuanku Zara akan diadakan di Dewan Jubli Kuala Kangsar dan berlangsung selama empat hari bermula 31 Oktober ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kejohanan tersebut akan menampilkan pasukan dari lima negara seperi Uzbekistan, Nepal, Taipei, Filipina serta Malaysia.

Ujarnya, kerajaan negeri telah memperuntukkan tajaan sebanyak RM400,000 bagi menjayakan kejohanan yang julung kali diadakan itu.

“Tajaan kerajaan negeri berjumlah RM200,000 untuk kejohanan serta RM200,000 lagi telah disumbangkan kepada Majlis Perbandaraan Kuala Kangsar bagi menaiktaraf gelanggang,” katanya dalam sidang media Pelancaran Logo Kejohanan di Hotel Casuarina Meru Raya, di sini, hari ini.

Menteri Besar turut menyeru agar orang ramai dapat memberi sokongan dan menyasikan kejohanan antarabangsa tersebut.


Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How berkata sekiranya acara tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan, beliau tidak menolak kemungkinan untuk diadakan pada setiap tahun.

“Sekiranya kita mendapat sambutan yang baik daripada kalangan rakyat khususnya penduduk tempatan, kita kemungkinan akan menganjurkan kejohanan itu pada setiap tahun,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");