Perak Hari Ini

MB Perak Melawat Mangsa Kejadian Tanah Runtuh Kampung Teras

SELAMA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkesempatan melawat mangsa bencana tanah runtuh di Kampung Teras, Ijok di Hospital Selama, hari ini.

Salah seorangnya, Rashibah Hussin yang pada masa sama mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Menteri Besar yang melawatnya.

Yang turut hadir adalah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Rashibah, 75, yang cedera di kaki kanan dalam kejadian petang semalam berkata, pada sementara waktu ini, dia akan tinggal sementara di rumah anaknya yang tidak jauh dari Kampung Teras, sebaik dibenarkan keluar dari hospital yang dijadualkan dalam beberapa hari lagi.

Menceritakan detik bencana yang memusnahkan rumahnya, Rashibah berkata dia terdengar beberapa bunyi dentuman kuat seperti guruh sebelum melihat runtuhan tanah menghempap bahagian dapur rumahnya.

Difahamkan dinding rumahnya itu runtuh sehingga mengakibatkan sebahagian daripada runtuhan tersebut terkena kakinya dan menyebabkan keretakan pada kaki kanannya.

Walau bagaimanapun, cucnya Sarah Juhan 25, yang bersama-samanya di rumah itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Alhamdulillah syukurlah makcik dan cucu selamat, harap-harap doktor benarkan balik secepat mungkin,” katanya lagi ketika di temui di Hospital Selama, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Faizal memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan membantu membina semula rumah manga yang terlibat selepas pihak berkuasa selesai menstabilkan keadaan cerun di kawasan terjejas dan mengesahkan ianya selamat

Rashibah adalah antara tiga mangsa yang cedera dalam bencana tanah runtuh kira-kira jam 6.20 petang semalam yang mengorbankan nyawa jiran mereka, Hanudin Bahazim, 60 tahun.

Mangsa terkorban akibat dihempap runtuhan dinding dapur rumahnya dan jenazah Hanudin berjaya dikeluarkan oleh anggota penyelamat sekitar jam 10.30 malam tadi.

Terdahulu sebelum ke Hospital Selama, Menteri Besar sempat menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Hanudin sebelum melawat ke lokasi kejadian dan mendengar taklimat daripada pihak polis dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");