Sukan Hari Ini

Messi Menang Kasut Emas Kali Keenam

BARCELONA: Kapten Barcelona, Leonel Messi memenangi Anugerah Kasut Emas keenam sebagai penjaring terbanyak dalam saingan liga di Eropah.

Messi meraih pengiktirafan itu buat kali ketiga berturut-turut selepas meledak 36 gol, tiga gol mengatasi pencabar terdekat Kylian Mbappe dari Paris Saint-Germain.

Anak lelaki Messi, Thiago dan Mateo bersama isterinya, Antonella Rocuzzo menyertai bintang Argentina itu menerima trofi berkenaan sambil disaksikan rakan sepasukan termasuk Luis Suarez dan Jordi Alba.

Messi mendedikasikan anugerah itu kepada keluarga dan rakan sepasukannya.

“Tanpa rakan sepasukan, saya juga tidak akan memenangi anugerah ini,” katanya.

Messi kini memiliki dua kasut emas lebih daripada pesaingnya Cristiano Ronaldo. Luis Suarez adalah antara seorang daripada sembilan pemain yang pernah memenangi dua kasut emas.

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");