Membawang Hari Ini

Nico G Perjuang Kampung Baru

KUALA LUMPUR: Lahir di Kampung Baru, tiga sahabat daripada kumpulan hip-hop ‘otai’, Nico G mengabadikan tempat mereka membesar dalam lagu sebagai isyarat kembali aktif.

Single diberi judul KGB, iaitu singkatan kepada Kampung Baru, dianggap luahan kasih sayang mereka sebagai anak jati kawasan penempatan Melayu di bandaraya ini.

Salah seorang anggota Nico G, Affa memberitahu, mereka mahu mempromosikan Kampung Baru sebagai destinasi pelancongan menarik di ibu negara.

“Kami lahir di Kampung Baru…. Di sini banyak tarikan pelancong termasuk syurga makanan dan tempat beriadah.

“Single KGB tidak ada kena mengena dengan hal politik termasuk isu pengambilan tanah. Kami hanya mahu mempromosikan Kampung Baru.

“Kalau boleh, biarlah Kampung Baru kekal didiami orang Melayu,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Mewakili dua teman lain iaitu MD Nico dan Dino G, Affa berkata, selain KGB, mereka muncul dengan single berjudul Siaga.

Tambah Affa, dia dan rakan-rakan sedang menyiapkan empat lagu baharu sebagai pelengkap projek menerbitkan album berjudul Black Edition yang dijangka dilancarkan, Februari depan.

“Kami berpijak di bumi nyata dan menyesuaikan diri dengan pasaran semasa. Dunia hip-hop yang kami perjuangkan dulu pada awal 1990-an tidak sama dengan situasi sekarang.

“Cara dan paten ‘rapping’ juga sudah berbeza. Kita lihat sekarang lebih menekankan kepada lirik dalam menyampaikan mesej dalam lagu. Budak-budak hip-hop sekarang maju dan berdaya saing… Mereka ada idea segar,” katanya.

Berkongsi maklumat mengenai projek album Black Edition, Affa berkata, bingkisan itu melambangkan semangat mereka yang mahu terus berjuang melalui strategi pemasaran dan penjenamaan yang lebih efektif dan agresif

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");