Berita Hari Ini

‘Pandu Kereta Bawa Bendera LTTE’

SHAH ALAM – Video tular mengenai aksi seorang pemandu sebuah kereta yang membawa bendera kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LLTE) di negara ini telah mengundang kemarahan netizen.

Video berdurasi 30 saat itu dimuat naik pemilik akaun Facebook menggunakan nama Roslay Raffie itu dipercayai dirakam ketika melalui lebuh raya di negara ini dan perbuatan itu secara terang-terangan menunjukkan sokongan terhadap LTTE serta mencabar pihak berkuasa.

Dalam video tersebut juga memaparkan sebuah lori yang menggunakan nombor pendaftaran Malaysia dicat dengan gambar bendera dan pengganas LTTE.

Roslay dalam hantarannya memberitahu “Mencabar #PDRM ni. Berani membawa bendera LTTE secara terangan-terangan,” katanya.

Pahmi Mat Ali di ruangan komen Faceook Roslay berkata ” Berani dia, dia ingat ini Sri Lanka dengan india ke. Polis DiRaja Malaysia perlu bertindak.”

“Saya berharap pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap individu yang secara terang terangan menyokong LTTE…Nombor plat dah ada..apa lagi..kasi tangkap ini orang polis, jangan ingat dia boleh bawa budaya negatif ke negara ini,” tulis zahirrahm memetik Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");