Perak Hari Ini

Pengharaman Vape Dalam Proses Perangkaan-KKM

IPOH- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih lagi merangka langkah bagi pengaharaman vape atau rokok elektronik secara sepenuhnya di negara ini.

Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata setakat ini, kerajaan sedang meneliti langkah sama ada untuk mengharamkan sepenuhnya vape mahupun rokok elektronik atau membenarkan penjualan dengan pengawalan ketat penggunaan vape tanpa nikotin.

“Bagi pengharaman sepenuhnya dapat dilakukan, rokok elektronik ini masih lagi boleh didapati secara atas talian malahan dijual secara terbuka di pasaran.

“Ramai pelajar sekolah yang terlibat dengan rokok elektronik sebagai gaya hidup dimana kandungan nikotin berkenaan boleh menyebabkan ketagihan. Ini bermakna, rokok elektronik serta vape ini telah merekrut penagih nikotin baru.

“Jika dilihat dari kajian yang dibuat oleh Amerika, perkara ini menunjukkan vape boleh menyebakan pelbagai penyakit malahan kementerian juga mengenalpasti bahawa masalah berpunca dari kandungan nikotin di dalam cecair vape termasuk dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol atau dadah lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Jasamu Dikenang Budimu Ditatang 2019 oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak di Meru, hari ini.

Beliau mengulas demikian mengenai lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak agar kerajaan segera mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik di negara ini.

Katanya, vape mungkin berpotensi menjadi satu bahan yang berbahaya tetapi KKM masih belum ada sebarang data jangka panjang yang berkaitan dengan vape atau shisha berkenaan kesan bahan tersebut kepada fungsi paru-paru, penyakit kardiovaskular ataupun penyakit barah.

Sementara itu katanya, kementerian juga sedang dalam usaha untuk membuat akta baru bagi kementerian dan kerajaan mengawal penggunaan bahan ini.

“Keputusan belum dibuat sama ada ianya dilarang sepenuhnya ataupun, mengenakan sekatan yang ketat dari segi penjualan iaitu penjualan yang mengandungi nikotin atau tanpa nikotin.

“Berikut adalah beberapa pilihan yang akan dikaji bersama jawatankuasa khas tersebut malahan keputusan akan dibuat jikalau kita ada maklumat selanjutnya.

“KKM harap pada tahun akan datang, satu undang-undang baru dapat ditentukan berkenaan perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu berkenaan majlis hari ini, ianya diadakan bagi menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia atas sumbangan dan dedikasi yang telah dicurahkan

Seramai 297 pesara dirai pada tahun ini daripada 24,000 penjawat awam KKM Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");