Sukan Hari Ini

Pintu Masih Terbuka Buat Ozil di Arsenal

LONDON: Pengurus Arsenal, Unai Emery berkata dia masih belum menutup pintu buat Mesut Ozil dan tidak sabar menanti perancang itu kembali ke tahap kecergasan sebenar.

Pemain Jerman itu hanya tampil dua kali buat Gunners dalam semua kejohanan musim ini dengan dia diketepikan kerana sakit selain tampak tidak lagi menjadi pilihan utama.

Emery memberitahu wartawan menjelang saingan Liga Perdana di Sheffield United awal pagi Selasa ini bahawa pemain berusia 31 tahun itu memiliki kemahiran diperlukan Arsenal yang kini berkedudukan ketiga liga.

“Tahun ini bermula dengan sukar buatnya. Dia berlatih dengan baik pada pramusim dan bermain, tapi masalah yang berlaku dengan Sead menghalangnya,” kata pengurus itu merujuk kepada insiden cubaan mencuri kereta bersama pertahanan, Sead Kolasinac.

“Selepas masalah itu dia sakit seminggu dan kemudian dia terlepas banyak latihan dan terus berusaha untuk mengekalkan kecergasannya,” katanya Emery.

“Tapi dua atau tiga minggu ini dia banyak meningkat bersama kami dalam latihan. Saya masih belum menutup peluang buatnya bermain… Idea saya ialah menggunakan semua pemain dan dia boleh membantu saya.

“Dia juga memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan kualiti yang kami perlukan untuk perlawanan seterusnya.” – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");