Panasnya Hari Ini

Salleh Said Keruak Mohon Sertai PKR

PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan parti itu menerima permohonan keahlian bekas menteri komunikasi dan multimedia, Salleh Said Keruak melalui atas talian.

Beliau dalam kenyataan malam ini berkata, Biro Politik PKR akan membincang dan memberi pertimbangan dalam mesyuarat akan datang.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Sabah, Kenny Chua berkata permohonan Salleh perlu melalui PKR Bahagian Kota Belud dan kepimpinan negeri terlebih dahulu.

“Kita biar Mustapha Sakmud yang juga ketua bahagian meneliti permohonan itu dan membuat pengumuman jika perlu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Mustapha juga timbalan ketua PKR Sabah.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan semakan status keahlian PKR menunjukkan Salleh berdaftar sebagai ahli PKR Bahagian Kota Belud pada 25 Ogos lalu, dengan nombor keahlian S0300008562.

Pada 6 Sept lalu, Ketua penerangan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno), Musli Oli dipetik FMT sebagai berkata, Salleh dan bekas speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia akan menyertai PKR yang dilihat lebih berpengaruh dan kedudukannya dalam kerajaan pusat.

Bagaimanapun, Salleh ketika itu menafikan spekulasi beliau akan menyertai PKR.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");