Perak Hari Ini

Sebarang Program Berunsur Ceramah Di Negeri Ini Perlu Mendapat Kebenaran- Asmuni Awi

IPOH- Kerajaan negeri Perak menegaskan supaya semua pihak untuk menghormati peraturan yang telah ditetapkan bagi menjalankan sebarang program berunsur ceramah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi berkata sebarang ceramah berunsur agama mestilah disampaikan oleh mereka yang mempunyai tauliah.

“Namun, jika tiada sebarang tauliah, mereka mestilah melalui kebenaran dan permohonan pihak Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) atau pihak Mufti Perak bagi mendapat kelulusan dan barulah mereka boleh menyampaikan sebarang ceramah.

“Semua pihak perlu menghormati peraturan yang ada kerana jika tidak, akan berlaku kecelaruan kerana pihak kerajaan negeri tidak boleh bersifat ‘double standard’ di mana terdapat peraturan yang berbeza di antara mana-mana institusi atau jabatan.

“Tidak kira sama ada pihak universiti atau tidak, selagi perkara ini bukan wacana ilmu, mesti ada kebenaran terlebih dahulu,” katanya.

Beliau mengulas mengenai tindakan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini yang menjemput penulis kontroversi, Astora Jabat bagi menyampaikan ucapan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIIM), di sini pada Jumaat.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan perasmian majlis tersebut, dengan diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Kata Asmuni, Astora Jabat memang seorang yang kontrolvesi sejak dari dahulu lagi malahan Astora juga tidak mempunyai sebarang pentauliahan kerana tidak menamatkan pengajian.

Tambah beliau, pihak pengurusan IPTA tersebut juga perlu bertanggunjawab terhadap perkara yang berlaku.

“Maklumat yang saya terima dari persatuan akademik IPTA berkenaan adalah mereka juga tidak mengetahui tentang perkara berkenaan dan berkemungkinan jemputan adalah pihak pengurusan sendiri,” katanya.

Semalam, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menegur tindakan IPTA berkenaan yang menjemput penulis kontroversi itu bagi menyampaikan ucapan dalam sebuah program.

Ujarnya, jemputan itu menunjukkan sikap tidak menghormati institusi fatwa yang telah mengeluarkan keputusan terhadap penulisan individu itu tentang azab kubur.

Jelas Harussani, pernyataan terbuka dibuat Astora tentang azab kubur tidak menggambarkan keadilan Allah dan ulama mazhablah yang mencipta hukum.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");