Panasnya Hari Ini

UMNO Melaka Desak Gugur Jawatan EXCO Dikait LTTE

KLEBANG: UMNO Melaka mendesak kerajaan negeri bertindak tegas dengan menggugurkan jawatan EXCO terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan, Langkah-Langkah Khas 2012 (SOSMA), 10 Oktober lalu.

Tindakan sama juga perlu diambil ke atas dua individu yang masing-masing menjawat jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat kerajaan negeri serta ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang turut ditahan di bawah akta sama, semalam.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, tindakan berkenaan sebagai membuktikan ketegasan kerajaan membendung kegiatan keganasan yang boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.

Beliau berkata, mana-mana individu yang dikaitkan dengan aktiviti keganasan tidak sewajarnya diberi jawatan dalam kerajaan, apatah lagi berkait rapat dalam urusan membabitkan rakyat.

“Apabila seorang EXCO negeri atau penjawat awam terbabit secara langsung dalam perhimpunan memperingati kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Melaka tahun lalu, jelas membuktikan mereka mendukung aktiviti keganasan di negara ini.

“Sangat janggal dan tidak wajar mereka menjawat jawatan dalam kerajaan dan sepatutnya mereka dipecat serta-merta daripada jawatan berkenaan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas bersama Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) negeri di sini, hari ini, lapor Harian Metro.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Wira Abu Bakar Mohamad Diah dan Pengerusi UMMAH negeri, Hishammudin Abu Bakar.

Pada 10 Oktober lalu, polis menahan ADUN yang juga EXCO negeri dari DAP kerana disyaki terbabit dalam perhimpunan kumpulan pengganas LTTE di Melaka, tahun lalu.

Terbaru, polis menahan dua lagi ahli DAP masing-masing seorang CEO sebuah anak syarikat kerajaan negeri dan seorang ahli majlis PBT, petang semalam, yang dikatakan terbabit sama dalam kegiatan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");