Berita Hari Ini

Utusan Akan Dikenakan Tindakan Kerana Buang Pekerja Mendadak

KUALA LUMPUR: Putrajaya akan mengambil tindakan terhadap Utusan Melayu Bhd kerana melanggar undang-undang pembuangan pekerja, selepas kumpulan media itu mengeluarkan notis untuk memaklumkan pekerjanya mereka diberhentikan serta-merta semalam.

“Mereka perlu ikut undang-undang, tetapi mereka tidak berbuat demikian.

“Jadi, kami akan ambil tindakan sewajarnya,” kata Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran selepas menghadiri sebuah majlis di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu, Abd Aziz Sheikh Fadzir mengumumkan operasinya dihentikan serta-merta dan pekerja diarah mengosongkan pejabat menjelang 1 tengah hari.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan menyifatkan langkah itu “tidak berperikemanusiaan”.

Utusan Melayu yang diasaskan pada 1939 berhenti operasi susulan keputusan lembaga pengarahnya pada 7 Okt lalu meluluskan cadangan penggulungan sukarela pemiutang dan melantik UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai pelikuidasi interim.

Ia selepas Utusan Melayu pada Isnin lalu mengumumkan pelepasan 70 peratus pegangan dalam anak syarikatnya Dilof Sdn Bhd kepada Aurora Mulia Sdn Bhd, pemegang saham utama Media Prima Berhad lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");