Panasnya Hari Ini

2 MP BN Bertikam Lidah Di Lobi Parlimen, Label Bodoh, Bangang

KUALA LUMPUR: Lobi bangunan Parlimen hari ini bertukar kecoh apabila dua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bertikam lidah secara tiba-tiba dengan menggunakan perkataan “bodoh” dan “bangang”.

Ia bermula apabila Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Mohamed Said bertindak memarahi rakannya Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) dengan perkataan kesat di khalayak ramai.

“Bodoh! Bangang! Apa ni ahli Barisan Nasional lama,” kata Ismail kepada Tajuddin yang berdiri di depannya.

Ia kemudian disambut dengan herdikan Tajuddin.

“You (anda) lah bodoh. Apa? Apa?”

Gambar di media sosial menunjukkan beberapa ahli Parlimen Umno di rumah anak Ismail Mohamed Said.

Pemberita ketika itu sedang menemu bual Presiden MCA, Wee Ka Siong, beberapa meter daripada tempat kedua-dua wakil rakyat itu bertikam lidah.

Tidak lama kemudian, Ismail dilihat mengejar Tajuddin yang menuju ke bangunan pejabat ahli Parlimen pembangkang.

Mereka terus berbalas kenyataan dengan menyebut beberapa perkara termasuk “kongsi gambar”, “anak” dan “dapatkan sokongan”.

Pertelingkahan itu berjaya dileraikan beberapa pegawai keselamatan Parlimen memetik FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");