Perak Hari Ini

Bantuan Khas RM2,000 Dan Insentif Umrah Antara Bakal Diterima Penjawat Awam Perak

IPOH: Dalam Belanjawan Perak 2019, kerajaan negeri meneruskan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM2,000 kepada semua penjawat awam Negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata inisiatif yang akan diterima lebih 10,000 orang penjawat awam termasuk Orang Besar Jajahan negeri itu akan dibayar sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini.

Katanya lagi pemberian insentif khas kepada para pesara kerajaan negeri sebanyak RM2.0 juta juga diteruskan.

“Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM1.0 juta bagi menggalakkan penjawat awam meningkatkan tahap pendidikan di bawah skim Hadiah Latihan Negeri.

“Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan RM0.1 juta sebagai insentif menunaikan umrah bagi penjawat awam yang beragama Islam dan lawatan ke luar negara bagi yang bukan beragama Islam,” katanya.

Tambahnya lagi, sebanyak RM5.0 juta peruntukan disediakan bagi pembayaran perubatan penjawat awam kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2020 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Selain itu, ujar Ahmad Faizal, Bantuan Khas Kewangan RM1,000 turut dipanjangkan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih, Pekerja Sambilan Harian, Guru Tadika Islam JAIPk, Imam, Bilal, Siak, Ketua Kampung serta Tok Batin di negeri ini.

Dalam pada itu, Menteri Besar turut mengumumkan beberapa inisiatif baharu melalui Belanjawan Perak 2020.

Antaranya peruntukan sebanyak RM3.0 juta bagi Kemahiran Teknik Dan Vokasional (TVET) serta perbelanjaan sebanyak RM0.5 juta bagi penubuhan Institusi Pembangunan Sosial.

“Penubuhan institusi ini merupakan satu inisiatif kesinambungan program-program kebajikan, pembangunan wanita dan kesejahteraan sosial kepada rakyat Perak yang memberikan impak yang tinggi dalam kalangan rakyat khususnya kepada kumpulan sasar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");