Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Julung Kali Perkenal Program Bantuan Umrah Kepada Asnaf

IPOH: Kerajaan Perak mengumumkan peruntukan sebanyak RM153.1 juta bagi pembangunan syiar Islam di negeri ini, di bawah Fokus Kedua: Keadilan Sosial, Kesejahteraan Rakyat Serta Kelestarian Sumber dan Alam Sekitar, Belanjawan Negeri Perak 2020.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, buat julung kalinya Kerajaan Perak bakal memperkenalkan Program Bantuan Umrah dengan peruntukan sebanyak RM5.0 juta.

Katanya inisiatif tersebut bakal memberi manfaat kepada 1,000 asnaf di negeri ini.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga akan memperkenalkan Program Bantuan Wang Saku kepada 3,000 jemaah haji muassasah di Perak dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.5 juta.

“Sebanyak RM10.0 juta peruntukan akan disalurkan untuk membina baru serta menaik taraf masjid dan surau sedia ada;

“Sementara sebanyak RM118.2 juta pula diperuntukkan kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) merangkumi kos pengurusan RM98.2 juta dan perbelanjaan pembangunan RM20.0 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2020 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata bermula pada tahun hadapan, JAIPk akan menubuhkan Bahagian Pengurusan Halal, bagi menambah baik pengurusan dan penguatkuasaan berkaitan produk halal di negeri ini dengan kos pengurusan sebanyak RM0.7 juta.

“Sebanyak RM18.0 juta disediakan untuk pembinaan Kompleks Jabatan Agama Islam Negeri di Meru dan Pejabat Agama Daerah Manjung,” katanya.

Pada perkembangan sama, Ahmad Faizal berkata peruntukan Kad Perak Prihatin akan dinaikkan daripada RM22.0 juta kepada RM25.2 juta dengan penambahan penerima daripada 17,000 kepada 20,000 isi rumah.

Sementara itu, beliau juga mengumumkan pertambahan peruntukan bagi Program Kotak Harapan daripada RM1.0 juta kepada RM4.0 juta yang mana ia bersamaan dengan 78,400 kotak bagi tahun hadapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");