Berita Hari Ini

BERSATU Kekal Relevan Dalam PH – Mukhriz

ALOR SETAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan kekal relevan bersama Pakatan Harapan (PH) walaupun selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melepaskan jawatan.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata parti itu akan diterajui oleh pimpinan yang berkaliber dan terus mendapat kepercayaan rakyat.

“Apa sahaja yang dikatakan pemimpin pembangkang mengenai keburukan BERSATU mahupun PH sebenarnya memberi perangsang kepada kami untuk memenuhi hasrat dan kehendak rakyat serta memperkukuhkan parti.

“Saya beri jaminan BERSATU akan kekal dalam PH dan tidak akan menjadi kerajaan sepenggal seperti didakwa pembangkang.

“Hakikatnya, mereka masih terkejut dengan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, itu sebabnya masih ada sindrom penafian dalam diri mereka,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, yang mendakwa pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai perlu melihat dan memikirkan apa berlaku kepada BERSATU dan calonnya, Karmaine Sardini selepas ketiadaan Dr Mahathir kelak.

Sementara itu, Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah, berkata kenyataan kontroversi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, mengenai DAP tidak menjejaskan peluang PH memenangi PRK Tanjung Piai, 16 November ini.

“Secara umumnya, hubungan pimpinan parti di peringkat pusat dan negeri sangat baik, saya pun tahu Ahmad Faizal ada hubungan baik dengan DAP.

“Apabila ada masalah tertentu dalam PH, kami selesaikan dengan cara baik dan harmoni serta saling menghormati,” katanya selepas melancarkan Program Eco-Schools peringkat negeri di Pusat Sains Negara Cawangan Alor Setar, di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");