Perak Hari Ini

Jangan Ada Yang Cuba Jadi ‘Abang Besar’ Dalam Gabungan PH – Ketua-ketua Bahagian Bersatu Perak

IPOH: Ketua-ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak menggesa agar titah Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa berhubung spekulasi cubaan untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu diambil serius oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu kenyataan bersama mereka mendesak supaya Majlis Presiden PH juga dapat menyiasat dakwaan yang dilihat dapat menggugat kestabilan kerajaan pimpinan PH Perak, seperti yang pernah berlakunpada sebelum ini.

“Sepatutnya setiap parti komponen PH di Perak memberi perhatian untuk menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing supaya tidak menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri dan sekaligus mengheret Menteri Besar dalam kemelut dalaman mereka.

“Semua parti komponen perlu sedar akan hakikat tanpa gabungan kesemua komponen dalam PH dan sokongan dua Adun Bebas, PH tidak akan mampu membentuk kerajaan negeri di Perak

“Oleh itu, jangan sesekali ada pihak cuba mendabik dada bersikap besar kepala seolah-olah ‘Abang Besar’ dalam gabungan ini,” katanya dalm satu kenyataan di sini, hari ini.

Ujarnya, kepimpinan Bersatu Perak mahu semua pihak dalam komponen PH Negeri dapat berhenti daripada terus bermain dengan politik dangkal yang tidak tahu membezakan urusan kerajaan dengan parti.

Selain itu, mereka turut mendesak agar tindakan tegas dapat dikenakan kepada mana-mana Adun atau pemimpin dalam komponen PH di Perak yang bersikap seperti ‘duri dalam daging’.

Tambahnya lagi, walaupun terdapat perbezaan pandangan namun kepimpinan tertinggi PH perlu mengambil serius terhadap perbuatan mana-mana pihak yang bersikap ‘gunting dalam lipatan’ sehingga boleh menggugat kestabilan kerajaan negeri.

“Kami menyokong penuh Raja Muda Perak bahawa sebarang cubaan menggugat ketidakstabilan petandbiran kerajaan negeri hingga membawa kepada spekulasi akan berlaku Pilihan Raya Negeri adalah perkara yang membuang masa.

“Sewajarnya Datuk Seri Ahmad Faizal dan pentadbiran kerajaan negeri wajar diberi ruang untuk memberi perhatian kepada agenda pembangunan negeri dan menggerakkan usaha mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 seperti yang dititahkan Raja Muda Perak,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");