Berita Hari Ini

Dong Jiao Zong Ulang Desakan Lembaga Sekolah Dibenar Buat Keputusan Isu Jawi

Pertubuhan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) dan sejumlah NGO kembali menyuarakan desakan mereka agar lembaga sekolah dibenarkan membuat keputusan dalam isu pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah vernakular.

Presiden Dong Jiau Zong, Tan Tai Kim berkata pihaknya akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pendidikan minggu depan.

“Kami menyuarakan ketidakpuasan hati apabila lembaga sekolah masih tidak disenaraikan sebagai pembuat keputusan (dalam pembelajaran Jawi),” katanya dalam sidang media semalam, seperti dipetik Oriental Daily.

Tan membacakan konsensus yang dicapai dalam mesyuarat Dong Jiao Zong dengan sejumlah NGO.

“Mesyuarat kami hari ini untuk menegaskan kembali pendirian kami,” katanya lagi.

Menurut laporan Sinchew Daily hari ini, sejumlah sekolah jenis kebangsaan Cina telah menerima buku teks Bahasa Melayu Tahun 4 yang akan digunakan untuk tahun depan.

menurut laporan itu, kandungan tiga muka surat berkenaan pengenalan tulisan Jawi adalah belajar tulisan jawi Malaysia melalui setem, tulisan jawi Bersekutu Bertambah Mutu di jata negara dan tulisan Jawi pada wang RM5 dan RM1.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan telah bab itu tidak akan dimasukkan dalam peperiksaan.

Tan berkata pihaknya telah bertemu Kementerian Pendidikan sebanyak lebih lima kali, antara Julai hingga November, untuk membincangkan perkara itu.

Pada Ogos lalu, pengumuman kerajaan untuk memasukkan pengenalan tulisan Jawi untuk murid darjah 4 sekolah vernakular tahun depan, mengundang sejumlah bantahan.

Kerajaan kemudian berkata pembelajaran itu hanya akan dibuat dengan persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa murid.

Bagaimanapun Dong Jiao Zong meminta Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong) negeri untuk mendesak sekolah mengadakan mesyuarat untuk menolak pembelajaran itu, yang merangkumi empat halaman dalam buku teks Bahasa Melayu.

Tan berkata sejumlah sekolah Cina tersebut sudah mengadakan mesyuarat lembaga mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");