Berita Hari Ini

Gangguan Sistem Operasi KLIA Antara Tumpuan Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR- Gangguan sistem operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) baru-baru ini dijangka akan menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mengikut aturan mesyuarat, persoalan itu dibangkitkan Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) untuk Menteri Dalam Negeri pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan mengenai statistik kemasukan pelancong asing semasa gangguan itu berlaku.

Pada persidangan yang masuk hari ke-25 hari ini, Wong Tack (PH-Bentong) turut meminta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menjelaskan sama ada benar tapak pelupusan sisa radioatif (PDF) Asian Rare Earth di Banjaran Kledang, Perak telah retak dan langkah yang diambil untuk mengatasi masalah itu.

Selain itu dakwaan bahawa kerajaan memudahkan permohonan pemberian taraf kewarganegaraan kepada pelancong dari China juga dijangka menjadi isu hangat apabila ia dibangkitkan Awang Hashim (PAS-Pendang) kepada Menteri Dalam Negeri. Syarat warga asing yang ingin menjadi warganegara Malaysia juga dibangkitkan.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");