Perak Hari Ini

Giliran UMNO-Pas Perak Buat Laporan Polis Terhadap Guan Eng

IPOH- Satu laporan polis dibuat berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berbaur fitnah ke atas Umno dan Pas seperti dilaporkan dalam DAPMalaysia.org pada Ahad.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Ariff Abdul Majid berkata kenyataan tidak bertanggungjawab tersebut sekali lagi telah memberi gambaran tidak baik dengan menakut-nakutkan rakyat dengan isu melibatkan perkauman.

“Kenyataan memalukan dan berniat jahat dalam mewujudkan doktrinisasi ketakutan kepada rakyat dan juga datang dari seorang pegawai tinggi kerajaan adalah suatu yang besar dan tidak boleh dipandang ringan oleh pihak berwajib.

“Kenyataan tersebut jelas bertentangan dengan apa yang dipersetujui di dalam gabungan muafakat nasional antara Umno dan Pas yang tidak akan sekali meminggirkan masyarakat majmuk di muka bumi malaysia ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam, hari ini.

Tambah beliau, Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak turut mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan begini di mana mampu mewujudkan suasana tidak baik dikalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Kami menyarankan satu siasatan yang telus dan berintegriti dijalankan malahan satu tindakan yang wajar harus diberikan tanpa mengira jawatan dan kepentingan,.

“Terdapat juga pemimpin lain yang mengeluarkan kenyataan seumpama ini dan diharap mereka juga akan diambil tindakan yang sama,” katanya.

Menurut beliau, laporan DAPMalaysia.org itu memetik ucapan Guan Eng pada Konvensyen Tahunan DAP Johor di Muar kemenangan MCA di PRK Tanjong Piai akan meneruskan budaya perkauman dan pelampau agama yang dibawa UMNO-Pas.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau membawa maksud di mana Umno dan Pas membawa prinsip perkauman dan pelampau agama yang menyebarkan dakyah diskriminasi (kaum), ancaman, kebohongan dan kebencian terhadap golongan bukan melayu dan bukan islam yang selanjutnya akan membawa kepada perkara lain.

“Antara lain, bukan Islam dan bukan melayu tidak boleh memegang jawatan menteri dalam cabinet, sekolah jenis kebangsaan yang mengajar bahasa ibunda ditutup, bukan Islam khususnya kristian tidak boleh berkumpul untuk beribadat, produk dan perniagaan bukan Islam diboikot dan bukan Islam dan bukan melayu yang menentang mereka digelar babi, pengganas dan komunis,” katanya.

Katanya, setakat ini Wilayah Persekutuan dan Selangor telah membuat laporan polis berhubung kes yang sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");