Berita Hari Ini

Iklan Buku Panduan Isteri ‘Solehot’ Muncul Bersama Kondom

Personaliti berhijab popular Instagram dari negara jiran, Citra Ayu Mustika mengundang maklum balas warga maya dengan iklan yang mempromosikan bukunya, Uncensored pada sebuah portal jualan atas talian di Indonesia.

Portal Asmaraku.com yang menjual “ribuan produk romantis, kesihatan dan kecantikan,” memaparkan iklan buku karangan Citra bersama pakej promosi berupa sekotak kondom dan gel pelincir.

Iklan tersebut yang tular di media sosial telah dikesan pada Isnin.

Berdasarkan maklumat di portal berkenaan, buku tersebut memperincikan hal-hal berkaitan hubungan intim antara suami isteri dan memaparkan panduan untuk ‘isteri solehot’ yang merupakan akronim perkataan solehah dan hot (menarik).

80 people are talking about this

Citra Ayu seorang pegawai bank dan ibu kepada dua anak dikenali ramai kerana sering membincangkan isu-isu berkaitan perkahwinan termasuk soal hubungan intim, perancangan kewangan dan cabaran kehidupan berumah tangga.

Pendapat-pendapatnya sering dikongsi di akaun Instagram ‘Olevelove’ yang telah merekodkan pengikut 137,000 setakat hari ini.

Penglibatan Citra dalam iklan ini telah mengundang pelbagai reaksi kerana keterbukaannya dalam membicarakan hal-hal di dalam kelambu.

“Citra adalah guru pendidikan kehidupan rumah tangga di media sosial. Akaunnya @olevelove sudah punya 137 ribu pengikut di Instagram.

“Lagi pula apa yang salah dari perempuan berhijab di iklan kondom? Adakah kita tidak boleh beli alat kontrasepsi?” Soal kicauan Twitter @juliajasminee.

Bagaimanapun, rata-rata mereka berpendapat bahawa pendidikan seks masih mengecewakan dan menjadi topik perbualan yang tidak menyenangkan bagi pasangan di republik itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");