Panasnya Hari Ini

‘Jangan Kaitkan MCA Dengan Isu Hina Bendera’

KUALA LUMPUR – MCA menegaskan parti itu tidak mempunyai kaitan dengan penghinaan bendera Malaysia ketika siaran langsung pembukaan Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak Bawah 15 Ke-28 semalam.

Kenyataan MCA itu dikeluarkan selepas cubaan mengaitkan Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Luo Choon Hann sebagai penyokong kuat parti berkenaan.

“Kami juga mengecam mana-mana pihak yang cuba mengaitkan Presiden MABA dengan MCA terutama Facebook, Friends of DAP yang cuba memburukkan imej MCA dengan hanya menggunakan beberapa keping gambar untuk memberi gambaran seolah-olah Presiden MABA adalah orang kuat Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

“Jalur Gemilang pantang dicabar dan dihina! Usahlah kaitkan MCA dengan tindakan sebegini. Sikap penyokong DAP ini memang tidak matang dan hanya tahu bermain kotor. Fitnah nak kenakan MCA biarlah ada standard sikit,” kata jurucakap MCA, Mike Chong Yew Chuan menerusi kenyataan media hari ini, lapor Sinar Harian.

Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) hari ini memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan memaparkan bendera Malaysia dengan bintang lima bucu.

Mereka menjelaskan pasukan penyiaran secara tidak sengaja mempamerkan bendera Malaysia yang salah di skrin televisyen stadium ketika majlis perasmian dan kontraktor produksi siaran langsung berkenaan ditamatkan serta-merta selepas siasatan dilakukan.

Terdahulu, video berdurasi 1 minit 42 saat itu tular di media sosial.

Netizen mengecam tindakan penganjur dan mendesak MABA dikenakan tindakan sewajarnya kerana tidak peka dengan sensitiviti.

Rentetan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, penganjur dan MABA hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur 8 pagi tadi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");