Perak Hari Ini

Jangan Pertikai Kepimpinan Sedia Ada

IPOH- Sebanyak 26 buah Pertubuhan, Persatuan dan Kelab berdaftar di Negeri Perak mengadakan perhimpunan aman bagi menzahirkan sokongan kepada pentadbiran Kerajaan Perak diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal bin Dato Azumu.

Menurut kenyataan Presiden Kelab Sinar Permotoran Amatur Kebangsaan (Spark Malaysian Club), Zul Huzaimy Marzuki, penyampaian memorandum tersebut adalah bagi menegaskan bahawa kerajaan yang diteraju kini sebagai sebuah kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat

“Manifesto ini menuntut agar pihak-pihak yang tidak berpuashati khususnya rakan strategik Pakatan Harapan agar menggunakan saluran komunikasi rasmi untuk menyuarakan sebarang keperluan, cadangan atau pandangan kepada Menteri Besar tanpa perlu menghebahkan kepada pihak media atau di luar sistem kerajaan yang hanya akan memberikan persepsi negatif terhadap kerajaan.

“Semua pihak tidak perlu mempersoalkan kepimpinan sedia ada serta tidak perlu menimbulkan sebarang elemen berbentuk ganggu-gugat,” katanya.

Terdahulu, Pertubuhan kebajikan Ukhuwah Masyarakat Prihatin Perak ( Ukhuwah Perak) bersama Kelab Sinar Permotoran Amatur Kebangsaan (Spark Malaysian Club) mengadakan perhimpunan di perkarangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) di sini, hari ini.


Zul Huzaimy turut menyerahkan memorandum berkenaan kepada Ahmad Faizal semasa perhimpunan yang sama.

Katanya, sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir suara -suara kecil yang seakan mempersoalkan kewibawaan dan kepimipinan Menteri Besar yang mengetuai barisan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Perak, di mana beliau “diserang” oleh pihak pembangkang negeri Perak menerusi berbagai medium khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semasa DUN bersidang.

“Maka, kami dari Pertubuhan, Persatuan dan Kelab berdaftar di negeri ini tidak lagi boleh berdiam diri berpeluk tubuh melihat senario berkenaan kerana pihak pembangkang sentiasa cuba meremehkan sebarang usaha murni Kerajaan Pakatan Harapan dalam melaksanakan program untuk kebaikan rakyat.

“Begitupun, dalam mana-mana kewujudan kerangka persamaan, akan terhadap jua beberapa isu yang boleh diertikan sebagai ‘api dalam sekam’ yang mana perlu diatasi secara bijaksana dan holistik menerusi perbincangan dan pertemuan beterusan oleh semua pihak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");