Perak Hari Ini

Abu Mayat Ching Peng Tidak Melalui Kerajaan Negeri- MB Perak

IPOH- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan bahawa kerajaan negeri sama sekali tidak mengetahui tentang kemasukan abu mayat Ching Peng ke negeri ini.

Katanya, perkara tersebut juga tidak mendapat sebarang kebenaran dari kerajaan negeri tetapi ianya sering disebut-sebut oleh sekumpulan pihak.

“Saya tidak tahu ada abu Ching Peng masuk ke negeri Perak, tidak melalu kerajaan tetapi ianya disebut oleh sekumpulan pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Perak SADC Agrofest 2019 dan Pelancaran Direktori Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) serta Majlis Menandatangani Polisi Anti-Rasuah di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau mahu rakyat terus fokus dalam membincangkan sesuatau perkara yang lebih besar memandangkan pihak polis telah menjalankan tanggungjawab mereka dalam menyelesaikan isu berkenaan.

“Kerajaan negeri menyerahkan perkara ini sepenuhnya kepada pihak polis memandangkan perkara ini sedang di dalam siasatan pihak polis.

“Biarkan perkara ini kepada pihak polis kerana polis sedang membuat penyiasatan, biarkan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah dibawa masuk ke Malaysia pada 16 September lalu dan ditabur ke laut berhampiran Lumut, Perak dan di hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.

Abu mayat bekas pemimpin PKM itu dilaporkan dibawa ke Ipoh, Perak pada 16 September lalu dan satu majlis peringatan dihadiri 150 individu diadakan pada hari sama.

Chin Peng, yang lahir di Sitiawan, Perak meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada tahun 2013 ketika berusia 89 tahun.

Perkara sedemikian mendapat kecaman dan riaksi negatif dari pelbagai pihak kerana rata-rata mereka tidak bersetuju dengan tindakan tersebut yang mana seolah-olah tidak menghargai perjuangan parajurit yang menentang komunis dahulu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");