Sukan Hari Ini

Jom Menang Lagi – Hamidin

SKUAD Harimau Malaya ditagih meneruskan rentak kemenangan apabila berdepan Indonesia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini.

Menurut Harian Metro, ia disuarakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang gembira melihat aksi cemerlang barisan kendalian Tan Cheng Hoe yang meraih kemenangan dramatik 2-1 ke atas Thailand malam tadi.

Biarpun pada awalnya ketinggalan namun atas semangat juang pemain negara bangkit menerusi dua jaringan sumbangan Brendan Gan dan Mohamadou Sumareh.

“Perlawanan malam tadi penting, kita wajib menang dan Harimau Malaya berjaya mencapai misi kemenangan demi negara.

“Jika sebelum ini, saya akui kecewa dengan kekalahan di tangan Vietnam dan UAE, tapi kali ini, saya amat berpuas hati.

“Harimau Malaya sudah mempamerkan semangat harimau sebenar meskipun masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Dengan sokongan padu penyokong, Harimau Malaya ibarat memberi hadiah kemenangan buat mereka dan saya amat berharap kita akan terus berbakti kepada penyokong dan negara.

“Sekali lagi, gunakan peluang beraksi di laman sendiri menentang Indonesia, buktikan sekali lagi anda pemain negara yang bagus,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");