Perak Hari Ini

Kerajaan Akan Bincang Syor Cuti Bersalin Diberi 7 Hari Kepada Bapa

IPOH- Kerajaan akan membincangkan cara terbaik untuk mengikut syor yang telah ditetapkan terhadap pemberian cuti bersalin kepada para suami di sektor swasta.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tempoh bercuti selama tujuh hari dilihat amatlah bersesuaian untuk para bapa.

“Kerajaan akan berbincang bagaimana cara untuk mengikut syor yang telah kerajaan perkatakan kerana tempoh tujuh hari amatlah sesuai untuk para bapa, tetapi peringkat awal tempoh tiga hari pula mungkin hanya pada permulaannya.

“Kita mahu ramai lagi pasangan yang berkahwin mendapat anak, malahan kita nakkan jika boleh ayah bayi tersebut turut mendapat cuti yang lebih panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Perak International Expo (PIEX) 2019 di Stadium Indera Mulia, hari ini.


Terdahulu, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) telah bersetuju agar pemberian cuti bersalin (paternity leave) selama tiga hari berturut-turut kepada suami yang bekerja di sektor swasta bukannya tujuh hari seperti yang dicadangkan kerajaan.

Menurut Wan Azizah, perkara yang difikirkan tersebut perlu ada ‘situasi menang-menang’ antara kedua-dua belah pihak dimana pihak swasta dapat mengikut syor tersebut.

“Tetapi jika difikirkan, apabila kita kita menjadi persatuan majikan mereka seolah-olah merasakan perkara tersebut tidak memberikan satu produktiviti yang baik untuk mereka jika terlalu ramai mengambil cuti.

“Perkara tersebut juga termasuk jika adanya wanita dalam pekerjaan yang turut mengambil cuti bersalin selama 100 hari, jadi mereka memikirkan perkara tersebut,” katanya.

Sementara itu, beliau turut berkesempatan mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Perak serta barisan exco kerana berjaya menjayakan PIEX.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");