Berita Hari Ini

Mangsa Banjir Di Kelantan Menurun

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 198 orang sehingga jam 2 petang ini, berbanding 315 orang pagi tadi.

Menurut BH Online, kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Kuala Krai, Machang dan Tanah Merah.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuala Krai yang mencatatkan mangsa banjir paling ramai sebelum ini menunjukkan penurunan ketara apabila hanya satu PPS sahaja dibuka iaitu Pejabat Veterinar yang mempunyai enam mangsa daripada keluarga.

Manakala, di Tanah Merah mencatatkan seramai 155 mangsa banjir daripada 40 keluarga ditempatkan di enam PPS iaitu SK Kelewek (39 mangsa), SK Bukit Panau (dua mangsa), SK Alor Pasir (23 mangsa), Dewan Serbaguna Kampung Padang Kijang (33 mangsa), SK Kulim (11 mangsa) dan Masjid Mukim Kuala Kepok (47 mangsa).

Mangsa banjir di Machang masih kekal seramai 37 mangsa daripada 15 keluarga yang ditempatkan di SK Pak Roman.

Sementara itu, berdasarkan web publicinfobanjir.water.gov.my, bacaan air Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya dengan bacaan 9.01 meter (m).

Manakala, Sungai Lebih di Tualang berada di paras amaran iaitu 31.70. Tiga sungai iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Kusial serta Sungai Golok di Jenob berada di paras berjaga-jaga masing-masing dengan bacaan 21.37m, 13.48 m dan 21.62 m.

Dua jalan ditutup kepada kenderaan ringan di Kuala Krai iaitu Jalan Sungai Durian ke Chenulang, dekat Bukit Arang dan Jalan Nal Station di Batu Jong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");