Perak Hari Ini

MBI Terima Pengiktirafan Bandar Mampan Terbaik 2018

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah berjaya mengungguli senarai penerima Penghargaan Bandar Mampan Terbaik 2018, sempena dengan Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia (HPBS) 2019 peringkat kebangsaan di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan, pengiktirafan yang diterima MBI adalah berdasarkan perolehan skor tertinggi daripada Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia atau MURNInets.

“MURNInets yang telah digunakan sebagai alat pengukur kemampanan bandar-bandar di Malaysia ini merangkumi enam dimensi, 22 tema dan 43 penunjuk.

“Dimensi yang digunakan untuk mengukur kemampanan Bandar berdasarkan MURNInets adalah Dimensi Ekonomi Berdaya Saing, Dimensi Kualiti Persekitaran Mampan, Dimensi Kualiti Sejahtera, Dimensi Gunatanah dan Sumber Asli Optimun, Dimensi Infrastruktur dan Pengangkutan Efisien serta Dimensi Urustadbir Efektif,” katanya.

Oleh itu, pengiktirafan yang diterima MBI tersebut telah melayakkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu untuk menerima wang tunai bernilai RM20,000 serta membawa pulang Piala Kementerian Wilayah Persekutuan dan sijil penghargaan.

Majlis tersebut telah disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Sementara itu, selain MBI, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dari Melaka telah mengungguli kategori Majlis Perbandaran; Majlis Daerah Pengerang, Johor telah mengungguli kaetogri Majlis Daerah sementara Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima Penghargaan Khas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");