Berita Hari Ini

Memali Saksi Konvensyen Muafakat Nasional Negeri Pertama

Umno-PAS Konvensyen Muafakat Nasional peringkat negeri yang pertama diadakan di Kampung Memali di Baling, Kedah pada 19 Nov lalu.

Menurut laporan media, program itu dihadiri kira-kira 3,000 anggota parti, penduduk kampung dan ahli keluarga korban tragedi Memali.

Umno diwakili oleh naib presidennya Mahdzir Khalid dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Abdul Azeez Abdul Rahim manakala PAS diwakili oleh naib presidennya Idris Ahmad.

The Malaysian Insight (TMI) melaporkan program itu sebagai pemulaan untuk meraih sokongan akar umbi dalam usaha pembangkang untuk menewaskan PH dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Pada majlis itu, Mahdzir bercakap mengenai kerjasama antara Umno-PAS yang membawa kepada kejayaan besar pada PRK Tanjung Piai yang menyaksikan menang dengan 15,086 undi majoriti.

“Ramai orang dari Kedah, termasuk dari Baling, turun ke kempen di Tanjung Piai.

“Tanjung Piai adalah langkah pertama dalam perjalanan PAS-Umno, ia mewakili kekuatan muafakat nasional,” kata Mahdzir.

Rahimi Mat Ramli, 38, yang bapanya terbunuh dalam insiden berdarah pada 1985 itu, berkata dia tidak dapat melupakan tragedi tersebut tetapi tidak berdendam terhadap sesiapa.

“Adalah baik bahawa Umno dan PAS bersama. Sebagai mangsa yang masih hidup, saya masih ingat (tragedi) Memali tetapi saya tidak mahu dendam terhadap sesiapa, terutamanya Umno,” katanya yang berusia empat tahun ketika tragedi Memali.

Penduduk kampung Rozali Ahmad, 60, yang kehilangan saudaranya dalam tragedi itu berkata dia gembira dapat menyaksikan perpaduan antara Umno dan PAS.

“Saya sangat gembira melihat PAS dan Umno duduk bersama di peringkat yang sama. Dulu kita bermusuh tetapi sekarang tidak lagi,” katanya.

Umno dan PAS pernah menjadi sekutu dalam gabungan Perikatan pada 1972 sebelum PAS menarik diri dari gabungan itu lima tahun kemudian.

Berikutan revolusi Iran tahun 1979, konservatif keagamaan dalam PAS menjadi semakin berpengaruh. Sementara perseteruannya dengan Umno bertumpu pada suduh keagamaan sehingga melabelkan pemimpin parti itu kafir.

Tragedi Memali menyebabkan 18 orang terbunuh, termasuk empat orang anggota polis semasa pertempuran antara penduduk kampung dan pasukan keselamatan.

Peristiwa itu menyaksikan pihak polis mahu menangkap seorang ahli PAS yang juga pendakwah Ibrahim Mahmud tetapi dibantah olen penduduk kampung.

Sementara itu, Ketua PAS Kawasan Baling, Hassan Saad berkata kehadiran orang ramai tahun ini adalah yang terbesar setakat ini.

“Muafakat antara PAS dan Umno di Baling sangat kuat walaupun terdapat tragedi pahit di antara kita,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");