Berita Hari Ini

MRA Lancar Tabung Bencana Banjir

KUALA LUMPUR: Malaysian Relief Agency (MRA) melancarkan Tabung Bencana Banjir MRA 2019 sebagai persediaan bagi kerja bantuan bencana susulan monsun timur laut yang akan melanda negara mulai November ini hingga Mac depan.

Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman, berkata ia bagi membantu menggerakkan bantuan ke negeri terbabit sebagai kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir seperti tahun sebelumnya.

“Kita menyasarkan sumbangan RM500,000 daripada orang awam dan syarikat korporat yang bermurah hati untuk membantu dengan sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 564098206365.

“Orang ramai juga boleh menghubungi talian 03-91744672 atau melayari akaun Facebook MRA untuk keterangan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, malam tadi.

Berdasarkan makluman Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sehingga kini, 26 buah pusat pemindahan di 14 daerah dekat enam negeri di Semenanjung sudah dibuka bagi menempatkan 670 bilangan keluarga yang terjejas dengan kejadian banjir.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan banjir dijangka akan menjadi bertambah buruk, terutamanya di kawasan yang rendah dan mudah terkena banjir lapor BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");