Perak Hari Ini

Paul Yong Yakin Tiada ‘Tangan Hitam’ Dalam DAP

IPOH: Exco Kerajaan Perak, Paul Yong Choo Kiong yang sedang yang menghadapi pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia berpandangan tiada ‘tangan hitam’ dalam kalangan pimpinan DAP Perak seperti yang didakwa.

Walau bagaimanapun katanya beliau meyakini terdapat ‘tangan hitam’ yang datang dari luar partinya.

Paul Yong yang juga Bendahari DAP Perak juga menyeru agar semua ahli memberi sokongan penuh kepada pimpinan DAP Perak yang dipengerusikan Nga Kor Ming.

“Saya merayu kepada semua penyokong dan ahli supaya juga berbuat sedemikian agar kita dapat bersama- sama menumpukan perhatian kita dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa DAP Perak kerana kepercayaan dan keyakinan mereka bahawa saya adalah bersih daripada tuduhan jenayah terhadap saya.

“Solidariti sepenuhnya yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa DAP Perak yang dipimpin oleh Nga Kor Ming kepada saya amatlah dihargai,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Walaupun tidak dinyatakan namun dipercayai kenyataan itu dibuat ekoran penularan satu potongan klip suara mirip pimpinan DAP Perak yang seolah-olah mengkritik tindakan Paul Yong yang menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selepas bercuti.

Menurut satu laporan media, klip suara itu mendakwa bahawa tindakan Paul Yong itu dibuat tanpa keputusan daripada partinya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");