Berita Hari Ini

Polis Teliti Rakaman CCTV Kes Kenderaan Ahli Parlimen Dibaling Telur

KUALA LUMPUR: Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran parkir kereta di Jalan Ipoh, di sini bagi membantu siasatan kes kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire milik Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran, yang dibaling telur kelmarin.

Menurut BH Online, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata setakat ini, pihaknya tiada sebarang maklumat lanjut berhubung insiden itu.

“Kalau di kawasan parkir itu memang tiada CCTV, kita akan cuba di kawasan berhampirannya. Dalam kes ini, ia membabitkan isu keselamatan. Ketika ini, kita tiada maklumat baharu berkaitan insiden berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perkahwinan Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Kelmarin, MPV Toyota itu dibaling telur ketika diletakkan di kawasan parkir kereta di sebuah restoran di Jalan Ipoh, di sini.

Kejadian itu disedari Prabakaran pada jam 12.45 tengah malam selepas bertemu dengan tiga kenalannya di restoran berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");