Panasnya Hari Ini

PRK Tanjung Piai: Peringatan Terbuka Kepada Kepemimpinan PH

KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran Pakatan Harapan (PH) memberi peringatan terbuka kepada kepemimpinan PH susulan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, semalam.

Menurut BH Online, Veteran DAP, Lim Kit Siang, berkata DAP dan PH menerima kekalahan itu, namun mesej cuba disampaikan pengundi di kawasan itu tidak lagi fokus kepada isu serta masalah setempat, sebaliknya negara.

“Pengundi di Tanjung Piai bukan saja menyuarakannya bagi pihak mereka tetapi juga negara atas kekecewaan dan ketidakselesaan mereka dengan fasa pembaharuan (dibawa PH) sejak 9 Mei 2018,” katanya melalui laman sosial Twitter beliau, hari ini.

Bagi Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim, kekalahan teruk PH di Tanjung Piai membawa mesej berbentuk ‘gegaran dan letupan’.

“Jika terus tidak peduli janji Pilihan Raya Umum lalu, kalau terus bermenteri tiga suku dan buta tuli jeritan rakyat, bersedialah untuk berkerajaan tempang dan tumbang pada pilihan raya akan datang.

“Rakyat sudah muak,” katanya dalam Twitter beliau.

Sementara itu, Pengerusi Biro Dasar dan Strategi BERSATU, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, pula menyifatkan kekalahan berkenaan sebagai isyarat rakyat menuntut kerajaan menunaikan janji.

“Sebenarnya, Allah menghantar peluang untuk belajar dan membetulkan keadaan. PH masih ada baki 3.5 tahun untuk berkhidmat! Masa untuk fokus semula!” katanya dalam Twitter beliau.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, memenangi PRK Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti besar 15,086 undi, semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");