Berita Hari Ini

Remaja Lemas Motosikal Terbabas Dalam Tali Air

YAN: Seorang pelajar tingkatan tiga ditemui lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu terhumban ke tali air di Kampung Perigi, di sini semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu, Shahrul Izani Zaroni, 15, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata mangsa dipercayai menunggang secara bersendirian dan dipercayai kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan lain.

“Motosikalnya dipercayai terbabas sebelum terhumban ke tali air. Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes itu tidak membabitkan sebarang unsur jenayah mayatnya dihantar ke Hospital Yan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, lapor BH Online.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, rakan mangsa, Muhammad Hakimi Zainudin, 15, berkata Allahyarham seolah-olah tahu ajalnya semakin hampir selepas membayangkan akan meninggal dunia selepas menghantar mesej melalui WhatsApp kepada rakan perempuannya, minggu lalu.

“Dia tulis….`Caon (mangsa) nak sangat cuti sekolah ni orang angkat Caon pi rumah baru, mandi wangi dan pakaikan baju baru. Caon nak sangat mati awal,” katanya.

Muhammad Hakimi berkata, arwah mempunyai penyakit sawan dan pernah diserang penyakit itu ketika berada di sekolah.

Katanya, dia hanya mengetahui kematian rakan baiknya itu pada jam 6.30 petang semalam oleh rakan-rakannya sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaan arwah.

“Sedih melihat keadaannya apabila mayatnya diangkat oleh bapanya sendiri dan nampak seolah-olah arwah sedang tidur dalam keadaan kakuz Dia seorang rakan yang baik dan tak sangka dia pergi dulu. Kami semua pasti akan merinduinya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");