Berita Hari Ini

RON97 Kekal Hingga 6 Dis

PETALING JAYA: Harga petrol RON97 kekal pada harga RM2.66 seliter sehingga 6 Dis ini.

Harga RON95 dan diesel juga kekal RM2.08 serta RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan ketika mengumumkan harga petrol hari ini berkata, berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit RON95 dan diesel mulai 30 Nov hingga 6 Dis ini sepatutnya RM2.36 serta RM2.29 seliter.

“Tiada perubahan bagi harga runcit produk petrol RON95, manakala terdapat kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.27 seliter pada minggu lepas.”

Tetapi, katanya, kerajaan tidak berbuat demikian dan anggaran subsidi yang perlu ditanggung dalam tempoh seminggu akan datang berjumlah RM115.70 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");